Skip to main content

“Makcik takde kenderaan, bahan masak pun dah nak habis, boleh ke tolong hantar kat rumah makcik?”.

Tanpa berlengah tim terus keluar menghantar pek barang asas dan beras ke rumah asnaf.

Begitulah setiap hari, ada sahaja saudara kita di luar sana yang memerlukan pertolongan dengan memohon bantuan sama ada melalui telefon, whatsapp, mahupun semuka berdepan di premis SAC.

Antara keperluan yang dibantu adalah pek barang asas menerusi bantuan kebajikan Gerobok Prihatin.

Mungkin sumbangan ini nampak biasa tetapi sebenarnya ia sangat bermakna buat mereka yang betul-betul memerlukan. InshaAllah, kami akan salurkan bantuan hasil sumbangan sahabat semua dengan sebaiknya, hingga rata-rata penerima mendoakan kembali kesejahteraan para penyumbang.

Boleh jadi nikmat, kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang diperoleh hari ini asbab dari kebaikan kecil yang dilakukan.

Moga amal kebaikan inilah yang memberatkan lagi neraca amal kita di akhirat kelak. InsyaAllah, kami di sini menginfaqkan masa dan tenaga, anda pula menginfaqkan wang ringgit atau apa jua bentuk sumbangan.

Kita memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan kebaikan bukan sahaja dari segi kebajikan tetapi juga dakwah. Moga Allah SWT menerima sekecil apa pun amalan kita, dalam sedar atau tidak.

#UAHSahabatDuniaAkhirat
#SahabatAmalCare