Skip to main content

Terima kasih para pewaqaf sekalian.

Alhamdulilah, NGO Sahabat Amal Care masih bergiat aktif dalam melaksanakan sepenuhnya pembinaan telaga secara berperingkat mengikut kumpulan oleh wakil SAC di negara Kemboja diantaranya, Ustaz Musa, Ustaz Asyari, Ustaz Failin dan Ustaz Syukarni.

SubhanaAllah, sebanyak RM 117,048.00 bersamaan $ 27,920 dikeluarkan untuk pembinaan telaga bagi kumpulan yang pertama. Kos pembinaan sebuah telaga adalah berbeza disebabkan berlainan daerah dan keadaan tanah yang berbatu.

Terdapat di sesetengah wilayah kosnya hanya $ 200 dolar, lebih kurang RM 1,000 namun untuk membina telaga di kawasan ini kos yang diperlukan adalah $ 700 – 800, lebih kurang RM 2,800-3,200.

Untuk makluman Tuan/Puan, pembinaan disasarkan di kawasan tertentu mengikut ciri-ciri yang sesuai seperti sumber air yang jauh dari kediaman, tanah yang berbatu dan lain-lain.

BERIKUT ADALAH SENARAI TELAGA YANG TELAH SIAP DIBINA UNTUK KUMPULAN 1 (TELAGA 1-30) :

(No Telaga : 1, 2, 3, 5, 20, 21)

  • Lokasi : Kampung O Carang, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 47 Keluarga

(No 4, 6, 10)

  • Lokasi : Kampung Phnom Khv, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 17 Keluarga & Surau

(No 7, 8, 13)

  • Lokasi : Kampung Phnom Prech, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 23 Keluarga

(No 9)

  • Lokasi : Kampung Azin, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 9 Keluarga

(No 11)

  • Lokasi : Kampung Azin, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 7 Keluarga

(No 12, 14, 15, 16, 22)

  • Lokasi : Kampung Tabung Khala, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 31 Keluarga

(No 17, 18, 19)

  • Lokasi: Kampung Parah, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 22 Keluarga

(No 23)

  • Lokasi : Kampung Dalam Khala, Sombor, Kratie
  • Kegunaan : 5 Keluarga

(No 24, 25, 30)

  • Lokasi : Kampung 35, Kasima, Mandolkiri
  • Kegunaan : 13 Keluarga & Surau

(No 26, 27)

  • Lokasi : Kampung KA3, Sanul, Kratie
  • Kegunaan : 11 Keluarga

(No 28)

  • Lokasi : Kampung Caruh Cara, Sanul, Kratie
  • Kegunaan : 6 Keluarga

(No 29)

  • Lokasi : Kampung 34, Kasima, Mandolkiri
  • Bilangan Keluarga: 7 Keluarga

Diatas adalah maklumat kumpulan 1 dan dalam waktu yang terdekat kita akan membuat laporan yang sama untuk kumpulan seterusnya insyaAllah.

Untuk makluman, hampir 2,500 orang pewakaf telaga yang telah berdaftar dengan kami manakala sekitar 1,200 orang pewakaf telah dimasukkan ke dalam group dan diberikan update gambar telaga yang telah siap dibina.

Pewakaf akan dimasukkan ke dalam group untuk perkongsian gambar telaga wakaf milik mereka di Kemboja mengikut giliran. Jika mendaftar awal, maka pembinaan telaga juga akan dimulakan awal namun jika masih belum dimasukkan ke dalam group, bermakna belum sampai giliran Tuan Puan. Namun, Tuan Puan tidak usah khuatir kerana akan sampai juga giliran jika telah sampai waktunya insyaAllah.

Semoga penjelasan ini serba sedikit dapat menenangkan hati-hati para pewakaf yang telah berwakaf telaga dengan pihak kami insyaAllah

NGO Sahabat Amal Care masih membuka peluang kepada sahabat semua yang ingin mewakafkan telaga di Kemboja sebanyak RM 160/slot (20 slot pewakaf bagi 1 telaga) seperti kiraan berikut:

KADAR WAQAF BAGI SEBUAH TELAGA:
RM 3,200 (Kos Asas Pembinaan) ÷ 20 Pewakaf = RM 160

NGO Sahabat Amal Care juga akan memulakan projek waqaf telaga di benua Afrika yang mana masyarakat disana amat-amat memerlukan sumber air yang bersih. Untuk makluman , NGO SAC telah pun membina telaga di wilayah Ghana dan insyaAllah projek ini akan diteruskan lagi dalam masa terdekat.

Jutaan terima kasih buat sahabat semua yang tidak jemu menyokong dan menaruh kepercayaan sepenuhnya untuk tim SAC menguruskan saham akhirat anda.

Semoga setiap sen yang diwakafkan pada jalan Allah SWT ini diterima dan mengalir pahala yang berterusan hingga hari akhirat, Allahumma amin.

Asma’ Binti Harun
………………………………….
Mari sertai wakaf telaga di Kemboja di bawah NGO Sahabat Amal Care naungan Ustazah Asma’ Harun
Tekan link di bawah untuk maklumat lanjut :
http://www.wasap.my/601158802995/WakafTelagaSAC