Skip to main content

InsyaAllah, pada 8 Februari hingga 13 Februari 2023, kami akan bermusafir ke Bumi Ghana, Afrika. Perjalanan merentasi benua ini membawa misi yang sangat besar bukan sahaja dari segi tanggungjawab sebagai seorang Muslim namun kami juga memikul amanah sahabat semua untuk menyebarkan kebaikan buat saudara Islam di sana.

Kenapa Pilih Bumi Ghana Untuk Menjalan Kemanusiaan?

Untuk makluman sahabat semua, umat Islam di Ghana adalah minoriti iaitu hanya 40% berbanding 60% rakyat Kristian yang kebanyakannya tinggal di bandar dan mendapat banyak kemudahan seperti bekalan air dan elektrik.

Namun, lain pula nasib umat Islam di sana yang hampir kesemuanya merupakan penghuni kampung pedalaman dengan menjalani kehidupan serba kekurangan.

Allahu Akbar, sungguh, tidak terbayang bagaimana keadaan kesusahan saudara Islam di Bumi Ghana selagi tidak melihat dengan mata sendiri.

Hidup mereka penuh kesengsaraan dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan sumber air bersih dan bekalan elektrik. Berjalan beratus batu sambil memikul tong dan bekas semata-mata untuk mengambil air itu sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. 😢

Selain itu, misi ini mengetengahkan mesej keprihatinan rakyat Malaysia terhadap saudara Islam di sana kerana bumi Ghana merupakan antara negara yang mengalami pelbagai krisis kemanusiaan kesan daripada peperangan, kemiskinan tegar, keganasan, kemunduran pendidikan dan kekurangan kesedaran dari segi tahap kesihatan.

Antara Misi Yang Telah Berjaya Dilaksanakan:

Alhamdulillah, pada bulan Julai 2022, sebuah telaga telah dibina di Moshie Zongo, Kumasi dengan kos pembinaan yang berjumlah RM 30,000.00.

Telaga yang dibina ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk di kawasan sekitarnya.
Namun, sungguh tidak sangka sebuah telaga ini telah memberi seribu satu kebaikan kepada penduduk di kawasan lain yang sanggup datang menaiki lori untuk mengambil sumber air bersih.

Apakah Misi Kemanusiaan Yang Akan Dijalankan Di Bumi Ghana?

  1. Pembinaan surau bernilai RM50,000.00 di kampung terpilih yang akan memudahkan penduduk Islam untuk menjalankan ibadah secara berjemaah.
  2. Projek pembinaan telaga korek di Moshie Zongo, Ejura dan Kunsu yang memberi manfaat kepada lebih kurang 1,000 penduduk di setiap kawasan.
  3. Bantuan pendidikan: projek baiki sekolah, dana bayaran kepada guru dan sumbangan kit peralatan tulis serta keperluan sekolah.
  4. Sumbangan pek makanan asas kepada 700 buah keluarga.
  5. Sumbangan 400 pek alatan harian seperti cerek, bekas mengangkut air dan lain-lain keperluan kepada keluarga yang memerlukan.
  6. Menjalankan ibadah Qurban di beberapa buah perkampungan Islam.

Kos bagi menjayakan Misi Kemanusiaan di Ghana memakan jumlah sebanyak RM 200,000.00.

Dengan ini, saya ingin mengajak sahabat semua untuk bersama menjadi sebahagian dalam perjuangan misi yang akan dijalankan ini. ✊🏻

Mohon doakan misi merentasi benua ini dipermudahkan dari mula perancangan hingga selesai menjalankan setiap satu amanah yang dipikul.

JUTAAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA SAHABAT SEMUA YANG TIDAK PERNAH LELAH MENYOKONG PERJUANGAN INI SAMAADA DENGAN SUMBANGAN WANG RINGGIT, KATA-KATA SEMANGAT DAN DOA YANG DIITIPKAN. 🥰

MOGA SETIAP SATUNYA DI NILAI SEBAGAI IBADAH DI SISI ALLAH SWT, ALLAHUMMA AMIN. 🤲🏻
ASMA’ BINTI HARUN & TIM SAHABAT AMAL CARE
………………………………………
INFAQ MISI KEMANUSIAAN GHANA:
Sila tekan klik gambar dibawah:

atau

Maybank
Pertubuhan Sahabat Amal Prihatin Negeri Sembilan
5551 2654 3538