Pada hari ke 3, kami meneruskan misi kemanusiaan ke satu kampung pedalaman yang perjalanannya memakan masa hampir 3 jam daripada bandar Kumasi ke Kampung Okumu Zongo, Ghana. Sepanjang jalan menuju ke lokasi, jalannya Allahu Akbar begitu mencabar dan berlubang-lubang, tanah merah yang berdebu serta cuaca yang sangat panas membahang.
Sepanjang perjalanan ke Okumu, saya melihat ramai para ibu yang terpaksa berjalan jauh bersama anak-anaknya, menjunjung barang yang berat di atas kepala. Ada juga yang sedang menunggu giliran menadah air perigi berulang alik daripada rumah.
Di kampung Okumu ini, hanya ada dua perigi sahaja sepanjang kampung. Setiap hari, mereka terpaksa berjalan sepanjang 5-10 km hanya untuk mendapatkan bekalan air bersih. Bayangkan, berjalan jauh tanpa selipar atau kasut dengan cuaca panas terik setiap hari. Allahu Akbar memang kuat dan tinggi mujahadah mereka. 😢
Setibanya di Kampung Okumu Zongo, ramai penduduk yang telah menunggu kehadiran kami dengan senyuman 🥰 Walaupun mereka tidak begitu fasih berbahasa Inggeris untuk berinteraksi, namun mereka sangat mengalu-alukan kedatangan dan menyantuni kami dengan baik sekali.
Majoriti masyarakat di Okumu adalah Muslim. Indah sekali perasaan apabila dapat sama-sama mengalunkan bacaan doa dan zikir. Sungguh, terasa dekat hati ini dengan mereka. Berkali-kali ucapan syukur dan terima kasih dizahirkan kepada tim dan khususnya pada rakyat Malaysia yang telah banyak menyumbang. 🤲🏻
Sayu hati apabila melihat keadaan rumah dan sekolah yang amat dhaif di sini. Rumah dibina daripada tanah liat, tandas dan dapur tiada kemudahan peralatan yang lengkap, malah sekolah pula berupa pondok yang serba kekurangan. 😢
Jika sekolah di kampung-kampung lain sekurang-kurangnya masih ada bumbung dan meja tetapi disini hanya berbumbungkan sepohon pokok besar yang rendang. Namun yang menariknya walaupun tiada kelas, meja, buku dan alat tulis anak-anak ini lengkap berpakaian seragam sekolah. Mereka juga hormat dengan gurunya dan sangat mendengar kata.
MasyaAllah 🌹
Waima keadaan kampung yang sangat dhaif, apabila azan berkumandang sahaja mereka terus ke surau untuk solat. SubhanAllah, sungguh kagum melihat semangat mereka yang benar-benar mencintai dan mempraktikkan ajaran Islam.
InshaAllah tuan puan sekalian, kami Sahabat Amal Care berhasrat untuk membantu dari segi pendidikan iaitu projek baik pulih sekolah, tajaan gaji bulanan guru dan kit peralatan sekolah. Masjid juga akan dibaik pulih agar mereka dapat melaksanakan ibadah dengan lebih selesa, inshaAllah.
Alhamdulillah hasil sumbangan para penyumbang yang dermawan, kami telah mengedarkan pek makanan di kampung orang Islam pedalaman Okumu sebanyak 350 pek. Agihan dibuat dalam keadaan menyedihkan sebenarnya kerana keadaan mereka yang berebut-rebut ketika agihan makanan dijalankan. Semoga barang sumbangan yang diagihkan memberi manfaat buat mereka yang memerlukan insyaAllah. 🤲🏻
Program diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan perigi korek. Apabila diberitahu air perigi hampir keluar, kanak-kanak di sekolah termasuk penduduk-penduduk kampung terus berlari keluar untuk pergi melihat sendiri detik air pergi memancut keluar.
Syukur ya Allah, di atas segala urusan yang dipermudahkan alhamdulillah.
Di sebelah malam pula, seperti yang telah dijanjikan, kami datang semula ke kampung Spet Zongo untuk agihan al-Quran. Badan sememangnya sudah sangat letih dengan aktiviti seharian di Okumu ditambah pula dengan cuaca yang panas dan jalan yang teruk.
Namun, fikiran teringat-ingat akan anak-anak yang merayu demi senaskah al-Quran semalam.
Tidak sampai 5 minit kami tiba di Spet Zongo, tim mula dikerumuni anak-anak juga penduduk di sini. Apabila disuruh duduk, mereka duduk namun hanya sebentar kerana terlalu menginginkan kit ibadah yang dibawa.
Keadaan sedikit agresif sewaktu kit ibadah diagihkan dan dalam sekelip mata sahaja ianya telah habis diambil anak-anak disini malah ramai lagi yang mengadu belum terima al-Quran dengan wajah penuh kekecewaan.
InshaAllah, kami usahakan untuk datang semula dan sampaikan al-Quran buat mereka yang belum terima. Hadiah al-Quran, sejadah dan telekung ini mungkin kelihatan kecil di mata kita khususnya di rakyat Malaysia namun besar pada pandangan mereka.
Alhamdulillah inilah serba sedikit laporan yang dapat kami coretkan sepanjang perjalanan hari ketiga di kampung pedalaman Okumu. Kehidupan mereka sememangnya jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia. Sangat menyentuh hati apabila melihat dengan mata kepala sendiri.
Ada hikmahnya kami sampai ke sini, kita boleh hidupkan kembali kehidupan Islam dan kita bantu berikan kemudahan pada mereka, inshaAllah. Moga-moga usaha ini menjadi amal jariah dan seterusnya menjadi asbab kita dikumpulkan di dalam SyurgaNya kelak, Allahumma Amin. 🤲🏻🌹
Jazakumullahu khairan kathiran.
CATATAN 4 MISI KEMANUSIAAN GHANA
10 FEBRUARI 2023
11.00 MALAM WAKTU MALAYSIA
4.00 PETANG WAKTU GHANA
ASMA’ BINTI HARUN & TIM Sahabat Amal Care
==================================
Mari sertai menyumbang bagi MISI KEMANUSIAAN DI GHANA :
Sila tekan 👉🏻 https://bit.ly/3WnCtJJ
atau
Maybank
Pertubuhan Sahabat Amal Prihatin Negeri Sembilan
5551 2654 3538
Sebarang pertanyaan 👇🏻:
http://www.wasap.my/601158802995/MisiGhana