Skip to main content

Subhanallah, AllahuAkbar.

Perjalanan misi diteruskan selama hampir 3 jam melalui sekitar 50 kilometer jalan tanah merah, berliku malah tidak rata. Kami turut ditemani debu yang bertebaran di udara, tanah kering dan sekali sekala terserempak dengan penduduk tempatan yang menjinjing barang berat di atas kepala, berjalan kaki jauh tanpa kami tahu arah tujunya.

Setelah tiba, sayu hati saat pertama kali melihat keadaan anak-anak kecil belajar di sekolah yang beralaskan tanah dan berbumbungkan pohon rendang di Kampung Orang Islam Okumu, Kumasi, Ghana. Dibawah pohon yang sama terdapat tiga peringkat kelas namun hanya menggunakan satu papan hitam sahaja tanpa penghadang bagi setiap satu kelas, AllahuAkbar. 😢

Kami turut menyaksikan keadaan sekolah-sekolah lain iaitu Sekolah Nyamebekyere Krom yang sudah terbengkalai. Bangunan sekolah masih ada, namun meja dan kerusi sudah hampir reput dan rosak. Papan hitamnya pula dibina berasaskan batuan simen yang dicatkan dengan cat hitam.

Dalam perjalanan pulang, kami juga berkesempatan ziarah ke Issakrom School. Sekolah ini mempunyai satu bangunan sempurna, satu kawasan kelas terbuka dan satu lagi kawasan bersimen seperti dewan terbuka tanpa kerusi dan meja. Sekolah ini keadaannya lebih baik sedikit dari dua sekolah sebelumnya namun masih perlu ditambah baik kemudahan sekolah agar pelajar-pelajar di sini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa insyaAllah.

Kami terkejut sebenarnya apabila diberitahu bahawa mereka mempunyai 4 orang guru yang datang secara sukarela dan tidak berbayar. Mereka adalah di kalangan penduduk kampung yang berjiwa besar. Begitu tekad sekali ikhtiar mereka demi membina tamadun dan sebuah pendidikan buat generasi di sini. SubhanAllah 🌹

Ketiga-tiga sekolah yang kami ziarah ini majoritinya pelajar Islam yang serba kekurangan, tiada air mahupun elektrik namun ia tidak mematahkan sedikit pun semangat mereka untuk terus menimba ilmu.

Maka, NGO Sahabat Amal Care mengambil inisiatif untuk membantu menambah sinar dalam perjuangan ilmu di sini.✊🏻 Kebanyakan sekolah di sini sudah usang dan perlu ditambahbaik dalam kadar segera.

Antara keperluan dan bantuan segera yang diperlukan :

  1. Atap sekolah yang sempurna untuk berlindung dari panas dan hujan.
  2. Kelengkapan sekolah seperti kerusi, meja dan papan tulis (board).
  3. Kelengkapan asas belajar seperti pen, pensil dan buku.
  4. Bayaran/Elaun guru bagi penduduk kampung yang menjadi sukarelawan sebagai tenaga pengajar.
  5. Wakaf Al-quran

Oleh itu, kami dari NGO Sahabat Amal Care dan Hijrah Pendidikan dengan ini mengambil tanggungjawab untuk melestarikan pembinaan sekolah dan kelangsungan pendidikan sama ada dari dalam negara mahupun di luar negara.
WAQAF PENDIDIKAN ini akan dimanfaatkan untuk :

  1. Menaja pembelajaran anak asnaf, yatim & tahfiz
  2. Kelangsungan pendidikan
  3. Waqaf pembinaan bangunan sekolah
  4. Pengurusan operasi & pentadbiran

Sumbangan tuan/puan akan menjadi amal jariah berpanjangan selagi mana sekolah ini dimanfaatkan, inshaAllah.

Sebagaimana firman Allah SWT;
‎مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya : “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infaq & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak”
(Surah Al-Baqarah: ayat 245)

Sungguh, didoakan buat sahabat semua yang bersama dalam perjuangan pendidikan ini diberikan limpahan kebaikan serta dikurniakan syurga firdausNya asbab menumbuhkan generasi baharu yang berilmu 🤲🏻

Asma’ Binti Harun
Pengasas NGO Sahabat Amal Care
=========================
Pada semua sahabat yang dermawan, sila klik pautan di bawah 👇🏻
https://infaqpay.my/plus/hijraheducation-sumbangan

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut hubungi:
http://www.wasap.my/60132881743/IHP