Skip to main content

Allahu Akbar, menjadi kebiasaan bagi keluarga rakyat Ghana terutamanya yang tinggal jauh dari bandar, mereka terpaksa berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit, paling dekat sekitar 5 km untuk mencari air bagi keperluan asas setiap hari. 😢

Mengikut sumber United Nations Children’s Fund (UNICEF), bekalan air bersih sangat terhad dan air yang ada, kebanyakannya dicemari dengan sisa buangan manusia.

Sumber air di sini hanyalah melalui lopak dan parit dengan keadaan air yang sangat keruh dan tercemar. SubhanAllah, apabila mengetahui keadaan umat Islam di Ghana, sungguh kita di sini rasa terpukul kerana kurangnya bersyukur dengan rezeki yang setiap hari dinikmati tanpa sedar.

Betapa kritrikalnya kemiskinan di Ghana sehingga mereka sudah lali dengan isu kematian akibat kebuluran yang disebabkan kekurangan sumber bahan asas seperti air dan makanan.

Ghana adalah sebuah negara di Benua Afrika Barat di mana terdapat hanya 40% umat Islam dan majoriti rakyatnya beragama Kristian. Jika melihat di bandar, sama juga seperti negara lain, dengan adanya pemandangan yang cantik, bangunan tersergam indah dan sangat banyak kemudahan awam.

Namun, jumlah umat Islam yang minoriti itu semuanya tinggal di luar bandar. Jika ditelusuri, penempatan mereka adalah di perkampungan yang sangat jauh di pedalaman, langsung tiada kemudahan dan hidup penuh kesengsaraan, Allahu Akbar.

Boleh dikatakan semua penduduk kampung umat Islam adalah kategori asnaf fakir miskin dengan kehidupan yang sangat-sangat dhaif. Kesusahan mereka sehingga ada yang langsung tiada sumber air, tiada bekalan elektrik, hidup bergelapan dan berpanasan, anak-anak tidak bersekolah sehingga tidak tahu membaca walaupun sudah meningkat dewasa.

Sekarang ini, bumi Afrika sedang dilanda kemarau yang dicatat paling teruk sejak 40 tahun menyebabkan kawasan di sana teramatlah kering dan mereka sangat memerlukan air. Ketika berita ini sampai ditelinga, hati terus berkata kita mesti bantu dan tanpa berfikir panjang dana pembinaan telaga pertama terus disalurkan kepada wakil di sana. ✊🏻

Namun, bentuk muka bumi di sana yang berbatu dan sangat kering menyukarkan proses pembinaan telaga korek. Kawasan pedalaman yang tiada bekalan elektrik menyebabkan kita terpaksa memohon kebenaran pihak berwajib untuk memasang tiang elektrik bagi proses penggerudian dan pembinaan.

Jentera yang khusus perlu digunakan untuk mengorek kerana struktur tanah yang kering dan berbatu memerlukan penggerudian sehingga jauh ke dalam untuk mendapatkan punca air. Faktor ini juga menjadi salah satu punca kos pembinaan telaga korek di Ghana agak tinggi berbanding di kawasan lain.

SubahanAllah, sungguh sebak apabila mendapat tahu, bagaimana usaha keras wakil SAC di sana dan kerjasama semua penduduk kampung untuk membina telaga pertama di Moshie Zongo. Mereka bagaikan berkampung di tepi tapak pembinaan, duduk berdoa ketika pertama kali proses menggerudi tanah dijalankan.

Dengan penuh air mata, menadah tangan doa bersungguh-sungguh memohon kepada Allah SWT dengan harapan akan ada air yang keluar untuk mengubah nasib hidup mereka. 🤲🏻

Ketika air memancut keluar, anak-anak kecil melompat kegembiraan, sang ibu pula menangis mengenangkan bagaimana sengsaranya hidup mereka selama ini menjalankan tanggungjawab seperti masak, mencuci pakaian dan sebagainya tanpa sumber air bersih. 😢

Seperti gambar yang ditunjukkan, pembinaan telaga di sini bukan seperti telaga biasa dan ia lebih berkonsepkan seperti stesen pengambilan air dengan 5 paip punca air. Sebuah telaga akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1,000 penduduk sekitar untuk kegunaan harian.

Terdesaknya mereka untuk mendapatkan sumber air sehingga ada penduduk di luar kawasan yang jauhnya 20 ke 30 km juga sanggup datang menyewa lori kecil untuk mengambil air dan bawa pulang ke tempat mereka.

Sudah jelas lagi nyata betapa dhaifnya kehidupan saudara Islam disana, bagaimana mampu untuk kita berkata tidak bagi membantu mereka. Ia bukan lagi pilihan tetapi sudah menjadi satu kewajipan dan berdosa apabila tahu ada saudara Islam di sana yang tiada air, susah untuk beribadah dan sebagainya tetapi kita di sini seperti tidak endah sahaja.

Sedekah Paling Utama Adalah Air

Daripada Sa’id bin Ubadah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ الْمَاءُ قَالَ فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لِأُمِّ سَعْدٍ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku Ummu Sa’id telah meninggal, maka sedekah apakah yang paling utama? Beliau bersabda, “Air.” Orang tersebut mengatakan; kemudian Sa’id menggali sebuah perigi dan mengatakan; ini adalah untuk Ummu Sa’id.”

(HR Abu Daud, hadis hasan)

SubhanAllah, bayangkan setiap hari kita menjalankan kehidupan seperti biasa, makan, tidur, keluar bekerja dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar sepanjang itu juga pahala tanpa henti mengalir buat sahabat yang menyumbang dalam projek wakaf telaga ini.

Alhamdulillah, berkat usaha kita semua yang saling menguatkan, dengan pertolongan Allah SWT, Sahabat Amal Care merupakan NGO pertama yang telah membina telaga korek di sebuah kawasan pedalaman, Moshie Zongo, Ghana. Dengan asbab amanah dan tanggungjawab, kami akan menjalankan Misi Kemanusiaan di Ghana pada minggu hadapan, InsyaAllah. ✊🏻

REBUTLAH GANJARAN PAHALA YANG BERTERUSAN, JARIAH YANG BERPANJANGAN DAN IANYA AKAN MENJADI SAKSI DI MAHSYAR KELAK.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT SEMUA YANG TIDAK HENTI MENDOAKAN, MENYOKONG DAN MENYALURKAN SUMBANGAN UNTUK GERAK KERJA SAHABAT AMAL CARE. 🌹

MOGA SETIAP SATUNYA AKAN DIPANDANG OLEH ALLAH SWT DAN MENDAPAT GANJARAN DI SYURGA KELAK, ALLAHUMMA AMIN. 🤲🏻

ASMA’ BINTI HARUN & TIM SAHABAT AMAL CARE
………………………………………
Mari sertai Projek Wakaf Telaga di Ghana di bawah NGO Sahabat Amal Care naungan Ustazah Asma’ Harun.

Tekan gambar dibawah untuk buat sumbangan👇🏻: