Tentang Kami

Sahabat Amal Care (SAC) berazam untuk membantu umat Islam kembali kepada cara hidup Islam melalui kegiatan dakwah dan kebajikan.

" Satu amal, berkat dunia akhirat "

Sahabat Amal Care (SAC) telah ditubuhkan pada Julai 2020. Pertubuhan ini telah mula bergiat aktif sejak bulan Mac 2020 dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan khususnya kepada golongan asnaf fakir miskin dan muallaf bagi membantu meringankan beban kehidupan mereka.

Objektif

  • Memperkasakan kefahaman Islam di kalangan umat untuk kemakmuran negara.
  • Mengajak masyarakat dalam amalan kehidupan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Membantu golongan asnaf dan muallaf dari aspek peningkatan pendidikan agama.
  • Membimbing golongan asnaf dan muallaf untuk menceburi bidang perniagaan.
  • Menyampaikan Islam demi mewujudkan perpaduan dalam negara.

Sahabat Amal Care (SAC) memerlukan satu dana yang memberikan implikasi besar demi memastikan kelestarian dakwah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Seterusnya, memerlukan sumber tenaga sukarelawan dan aktivis dakwah yang boleh memberikan komitmen dan masa sepenuhnya di lapangan.

Visi & Misi

Ketahui lebih lanjut mengenai kami.

pasukan pengurusan

Kenali pasukan kami.