Skip to main content

Kenali
Sahabat Amal Care (SAC)

PENGENALAN

SAC didaftarkan secara rasmi pada 9 Julai 2020

Sahabat Amal Care (SAC) telah ditubuhkan dengan no pendaftaran PPM-014-05-09072020 pada Julai 2020. Pertubuhan ini telah mula bergiat aktif sejak bulan Mac 2020 kesan daripada pandemic Covid-19. 

Pertubuhan ini komited dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan kemanusiaan, khususnya kepada golongan asnaf dam muallaf dalam dan luar negara. Diasaskan oleh Yang Berbahagia Ustazah Asma’ binti Harun, dipengerusikan oleh Yang Mulia Tengku Fazli bin Tengku Yahya.

Visi dan misi kami

VISI

Melaksanakan pendekatan dakwah yang berkualiti dan relevan serta menjadi rakan strategik dakwah dengan komuniti dan pihak berkepentingan.

MISI
  • Memperkasa golongan asnaf ke arah kecemerlangan secara holistik dan menambah baik kehidupan mereka serta menjadi platform rujukan dikalangan golongan asnaf.
  • Membantu dan membimbing secara kemas dan konsisten dikalangan muallaf dalam menguasai ajaran Islam sebenar.

Barisan Pengurusan SAC

Carta Organisasi

JOM KENALI

Penaung dan Pengasas NGO Sahabat Amal Care

Ustazah Asma’ binti Harun merupakan seorang pendakwah wanita yang cukup dikenali di Malaysia. Beliau bergiat aktif sebagai seorang pendakwah, motivator dan penulis buku. Beliau juga merupakan penaung kepada Yayasan Al-Hijrah dan NGO Sahabat Amal Care (SAC). Merupakan isteri kepada Tengku Fazli bin Tengku Yahya dan ibu kepada 7 orang cahaya mata.

Beliau adalah anak jati negeri Terengganu Darul Iman yang dilahirkan di Kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Anuar Pulau Melaka dan Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi Lil Banat. Pendidikannya diteruskan di peringkat Diploma Syariah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Dengan semangat dan ketekunan yang gigih, beliau menyambung lagi pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah. Pengajiannya di peringkat Sarjana pula diteruskan di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pengajian Islam.

Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang penuh kasih sayang, sangat menjaga agama dan akhlak yang terbaik. Ayah beliau bernama Harun bin Ismail, seorang pengusaha perniagaan nasi ayam dan juga pendakwah. Ibunya pula bernama Fikriah binti Awang yang merupakan seorang guru fizik. Datuknya ialah Ustaz Haji Awang Abu Bakar yang merupakan anak kepada Tok Guru Haji Abbas, seorang tokoh guru agama dan pejuang rakyat.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Banyak buku yang telah ditulis oleh beliau, antaranya adalah Sahabat Dunia Akhirat (SDA) yang pernah memenangi Anugerah Best Of 2020 Winners: BEST MALAY NO FICTION oleh MPH dan sudah terjual dan teredar hampir 100,00 naskah. Selain itu, buku Kembara Menuju Allah, 150 Tips Menjadi Wanita Dambaan Syurga, Hijrahku ini Sebenarnya Untuk Siapa dan banyak lagi.

Beliau juga telah dianugerahkan sebagai Ikon Dakwah YADIM 2020/2021 dan Tokoh Wanita Da’ie Mukminat Ummah 2022.