Skip to main content

Kami masih menerima terlalu banyak aduan hingga saat ini. Keadaan di kawasan banjir terlalu kritikal dengan bekalan elektrik terputus serta terdapat kawasan-kawasan yang belum menerima bekalan makanan dan minuman.

Masih ramai juga yang terperangkap tidak kira golongan dewasa mahupun anak kecil, masing-masing menjerit meminta pertolongan dalam kegelapan. Allahuakbar.

Jadi, untuk hari ini, tim terus menyusun gerak kerja dan menyambung perjuangan walaupun lelah kerana lillah, insyaAllah tidak rebah.

Seawal jam 8.00 pagi, tim Sahabat Amal Care (SAC) dan para sukarelawan berkumpul di Pejabat SAC, Senawang bagi membuat persiapan dan mendengar taklimat perjalanan misi untuk hari ke-2 (20 Disember 2021, Isnin)

2. Tim misi banjir dibahagikan mengikut beberapa gerak kerja iaitu :

  • Pembungkusan dan pengagihan bantuan seperti kit makanan, kit mandian, kit ibadah dan kit tidur.
  • Pembersihan masjid, surau, dan rumah-rumah mangsa banjir.
  • Penghantaran bantuan menyelamatkan mangsa menggunakan bot ke kawasan yang masih ditenggelami air.

3. Tepat jam 9.00 pagi, Tim dan Sukarelawan SAC seramai 70 orang telah bergerak ke kawasan yang terjejas dengan banjir. In shaa Allah kerja-kerja pembersihan dan pengagihan barang bantuan diteruskan pada hari ini.

Semua barangan bantuan yang disalurkan ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada sahabat semua ke Tabung Sahabat Amal Care (SAC).

Terima kasih juga kerana mengizinkan kami menjadi kaki dan tangan anda untuk meneruskan misi ini.

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI KEKUATAN BUAT TIM PENYELAMAT DAN MANGSA YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR INI.

Allahuma Ameen.