Skip to main content

Naluri kemanusiaan yang ada, sering membawa kita bersama untuk saling membantu semua walau berbeza agama dan juga bangsa. Tak sampai hati bila melihat ada yang susah, dibiarkan begitu sahaja.

Kadang, mereka tidak pernah meminta, namun atas inisiatif bersama, kita cuba bantu meringankan beban yang ada.

Alhamdulillah pada minggu ini, kami telah menyerahkan kasut khas perubatan untuk kaki yang sakit dan dipotong akibat kencing manis kepada En Egenase. Oleh kerana jenis kasut perubatan ini agak terhad stoknya, kita perlu mencari beberapa pembekal untuk menilai kualiti kasut sebelum membeli.

Alhamdulillah segala proses ini dipermudahkan hingga akhir, dan memakan masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke HQ Sahabat Amal Care.

Tersentuh hati En Egenase saat menerima bungkusan kasut barunya. Katanya,

“Susah hati saya puan bila hujan sekarang, sebab tapak kasut sudah licin, alas kaki sudah gam banyak kali pun asyik tertanggal saja.”

Hampir mengalir air matanya saat menerangkan kesukaran yang beliau hadapi. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban En Egenase bagi mengubati kakinya yang sakit serta meneruskan kehidupannya dengan lebih selesa.

Antara keperluan lain yang dibantu menerusi Tabung Perubatan adalah kerusi roda, kaki palsu, katil pesakit, tilam pesakit, ubat ubatan, susu, pampers dewasa dan lain lain. Mungkin sumbangan ini nampak biasa tetapi sebenarnya ia sangat bermakna buat mereka yang betul-betul memerlukan.

Dikesempatan ini juga, SAC ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para penyumbang kerana sentiasa menyokong usaha dakwah dan kebajikan yang dijalankan setiap hari. Semoga kita dapat bersama dalam meniti jalan-jalan kebaikan hingga ke SyurgaNya.

Allahumma Aminn

………………………………………..
INFAQ TABUNG PERUBATAN SAHABAT AMAL CARE :
https://toyyibpay.com/SahabatAmalCare (Ansi System) atau

Maybank Pertubuhan Sahabat Amal Prihatin Negeri Sembilan
5551 2654 3538

#UAHSahabatDuniaAkhirat
#SahabatAmalCare