Skip to main content

Rayu anak ini dengan mata berkaca memandang tepat mata saya. Allahu Akbar.

Tidak tergambar perasaan saya ketika itu. Terlalu sebak malah saya sendiri hilang kata-kata. Sungguh, anak-anak ini merayu agar saya ingat wajah mereka untuk diberikan al-Quran dan sejadah. Tingginya nilai al-Quran dan alat solat di hati mereka melebihi segalanya.

Apa yang lebih mengejutkan, ketika itu hanya tinggal satu sahaja kit ibadah yang berbaki. Hal ini kerana, niat kami ke sana untuk melawat kandang lembu untuk projek korban tahun ini kerana kami dimaklumkan hidup mereka terlalu miskin untuk makan daging. Setahun sekali juga tidak pasti. Namun, dalam perjalanan ke kandang lembu, kami telah melalui sebuah sekolah tahfiz iaitu Tahfiz Al Maahad Preparatory School. Pada ketika itu, kami bawa hanya beberapa kit ibadah sahaja. Lalu, berlakulah peristiwa rebut merebut kit ibadah di kalangan anak-anak ini. 😢

Oleh itu, kami berhasrat untuk membuka Projek Wakaf Al-Quran dan sejadah buat anak-anak dan umat Islam di Ghana. Semoga tangisan anak-anak yang mendambakan al-Quran ini dapat direalisasikan dengan jayanya juga semoga usaha ini dapat mendekatkan lagi umat dengan al-Quran.

Allahumma aminn. 🤲🏻
(Rujuk link sumbangan di akhir catatan posting ini.)

Laporan Perjalanan Hari Kedua Misi Kemanusiaan Di Ghana

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.

Seawal jam 9.30 pagi Khamis, kami telah berkunjung ke pasar bandar Kumasi ditemani tim aktivis Mr. Marlon seramai 12 orang bagi pembelian barang agihan ke perkampung orang Islam Okumu, Spet Zongo, Moshie Zongo dan Ejura.

Setibanya di sana, saya dan tim tergamam juga kagum saat melihat suasana dimana rata-rata mereka sudah biasa menjunjung pelbagai barang jualan yang berat di atas kepala. Ada yang menjunjung mesin jahit, air mineral, koleksi kaca mata, tilam dan sebagainya.

Alhamdulillah barang agihan yang dibeli di pasar Kumasi termasuklah set barang asas, kit ibadah, kit kebersihan dan barang keperluan sekolah. Alhamdulillah, berkat infaq sahabat semua, sebanyak lebih 2000 set barangan asas yang terdiri daripada beras, minyak, sardin, spagheti, pes tomato dan air minuman. InshaAllah, barang keperluan ini akan diagihkan kepada asnaf fakir miskin di kampung pedalaman di sini.

Sebenarnya, bumi Ghana ini kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, emas, granit, berlian juga merupakan pengeluar koko kedua terbesar dunia. Namun, disebabkan kos sara hidup yang sangat tinggi dengan kadar pendapatan yang rendah membuatkan mereka hidup susah.

Harga barang asas yang melambung tinggi menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan, sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih malah tiada tempat tinggal yang selesa. Kami lihat begitu ramai gelandangan di bandar Kumasi yang duduk di bahu jalan bersama anak kecil mereka. Allahu Akbar, bagaimanalah kehidupan seharian yang mereka jalani selama ini.
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Kami ke bumi Ghana dan perlu mengharungi 27 jam perjalanan untuk sampai ke sini dengan hasrat untuk menyebar luaskan kebaikan juga niat untuk membantu mereka yang amat-amat memerlukan di sini. Sebak tidak terkata sebenarnya. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Terima kasih tidak terhingga juga kami ucapkan buat para penyumbang yang dermawan atas segala sumbangan dan sokongan. Didoakan semoga amal jariah ini menjadi asbab kita semua dikumpulkan bersama di dalam SyurgaNya, tanpa hisab tanpa azab. Allahumma aminn. 🤲🏻

CATATAN 3 MISI KEMANUSIAAN GHANA
9 FEBRUARI 2023
11.30 MALAM WAKTU MALAYSIA
4.30 PETANG WAKTU GHANA

ASMA’ BINTI HARUN & TIM Sahabat Amal Care
==================================
Mari sertai menyumbang bagi MISI KEMANUSIAAN DI GHANA dengan klik gambar dibawah:

atau

Maybank
Pertubuhan Sahabat Amal Prihatin Negeri Sembilan
5551 2654 3538

Sebarang pertanyaan, KLIK SINI.